saya berbual di alam maya dengan seorang bekas pensyarah saya di MMU yang sangat
saya hormati(ini betul2 bukan bodek2).saya rasa amat bersyukur berada di bawah bimbingannya selama 2 tahun.terus terang saya katakan,MMU berjaya melahirkan graduan yang bersedia di alam kerjaya,innovatif dan dilengkapi skills dan kemahiran.saya amat berterimakasih dengan cik jee.walaupun semasa di alam pengajian,cik jee agak garang tapi setelah mengenalinya(hampir nk menamatkan pengajian pon masa tu) ternyata peribadinya amat menyenangkan.seorang yg cukup berdisiplin dan rajin dan cintakan ilmu membuatkan saya menjadi semangat untuk meneruskan pelajaran hingga keperingkat tertinggi.dan ketabahan serta kesungguhan saya di hari ini,cik jee antara pencetusnya.terima kasih pada cik jee.moga allah membalas jasa baik dan segala ilmu yang dicurahkan.
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago
No comments:
Post a Comment