February 24, 2009

penempatan baru di serdang

alhamdulillah kami dah selamat berpindah ke serdang.
dekatnya dekat ofis saya.dalam 5 minit sahaja naik kete.
jalan kaki berpeluh2 juga.rumah masih separuh berkemas.separuh lagi
tunggang langgang.masih ada barang2 kami di rumah gombak.suami saya bercuti sehingga selesai urusan perpindahan dan jagaan ank2 kami settle.kami masih menunggu keputusan 'rayuan' utk memasukkan ank2 kami ke tadika islam UPM.itupon suami saya yang memujuk cikgu tadika itu.dan urusan pemindahan streamyx lum settle lagi.kedai TM pon x jumpa lagi.astro pula dalam tempoh 48 jam.kenapa steramyx kene uruskan di kedai tm.tak ke susah?online kan mudah.saya pon x tau mana halanya klinik kanak2 dan ibu mengandung di serdang ni.menurut dr di pusat kesihatan UPM ni,dekat area south city.nantila explore.berpindah mmg sangat meletihkan.harap2 lepas ni tak berpindah lagi.

2 comments:

  1. untungnya ada hubby yang reti nak buat kerja and sanggup cuti sampai semua hal settle.

    aku pun masih sibuk membasuh rumah, habuk2 tiles bukan senang nak hilang, itu tak masuk lagi bab kemas baju dan barang dapur lagi.

    last week, aku bleh ternangis ditepi almari, sedih tatau rumah tu bleh habis kemas ke tak.

    oh hijja, pindah sungguh memenatkan!

    ReplyDelete